!.. Belog Si Orkid..!

*hidup mesti cOol.. Macam Coolblog!

Pages

Saturday, November 30, 2013

Dapatkan side income sambil online.

Assalamualaikum..

Pernah dengar istilah sambil menyelam minum air?? mesti pernahkan. So, hari ni aku nak share sikit dengan korang semua macamana nak dapatkan side income sambil berFACEBOOK, berBLOG, berTwitter. Banyangkan setiap hari korang on9 paling kurang 2 jam tapi tak dapat apa2.. Setakat stalker2 Facebook orang, baca gosip-gosip artis pastu tengok parody itu ini.. rugi kan?

So, hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang camana nak menjana pendapatan dengan mudah sambil ON9. Mungkin dah ramai yang tahu dan mungkin jugak ada yang belom tahu. Caranya mudah sahaja. Jom join 8 Share Malaysia.

Apa itu 8 Share? 8 share adalah satu laman dimana korang perlu kongsi atau promote iklan kepada individu lain melalui Facebook mahupon twitter. Dan setiap iklan yang diKlik oleh individu lain korang akan dapat rm0.20 sen. Mudah kan?

Mungkin korang terfikir-fikir.. Halal ke benda ni? Ok. aku jawab melalui apa yang aku faham ye. Benda ni akan halal sekiranya kita buat dengan cara yang betul tanpa penipuan. Contoh, korang nak share iklan Ubat Gigi. Tapi statement yang korang buat untuk menarik orang klik iklan tu 100% bercanggah dari apa yang korang nak sampaikan. Misalnya korang tulis "Artis A didakwa atas tuduhan bla..bla...bla..". So korang rasa halal ke jika kita menipu?

Kat sini aku sediakan video daripada pihak 8 Share sendiri dimana mereka menjawab persoalan-persoalan berkaitan dengan 8 share ni. Klik <video 8 share>

Aku pon baru je jugak join bende alah ni. Alhamdulillah.. Setakat ni side income yang aku collect dah capai RM25.00  walaupon aku baru join 10 hari. Oklah tu kan pada takde langsung. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. Oppps...sebelum terlupa kalau nak join, korang boleh klik banner di sidebar aku. And boleh jugak klik pada banner yang aku bagi kat bawah ni


* klik untuk join / sing up ok? jangan risau. FREE je.. :)

Ni saje yang aku dapat kongsi setakat ni. kalau korang nak maklumat lebih detail, boleh lah tengok-tengok dan jenguk-jenguk FB 8 share Malaysia ni. Ok. bye! :)


Friday, November 29, 2013

Kenapa Berblogging?



Assalamualaikum.

Sekian lama tidak berbelog. Kini kembali semula. Terus Terang. Ni bukanlah blog baru. Tapi belog yang diperbaharukan dan diberi nama "BELOG SI ORKID".. Kenapa orkid? Sebab...Sebab..... takde sebab..hehehe :)

Lame sangat meninggalkan dunia blogging ni. serius hampir setahun tidak berbelog. Konon-kononnya akulah student yang paling busy abad ini hingga takde masa nak berblog. But Now, Ntah kenapa tetiba mood nak berblogging balik tu muncul.. Harap-harap kali ni akan kekal lama. InsyaAllah.

Seriusly, sejujur2 dari lubuk hatiku yang dalam ini *ehem, bila berblogging ni banyak ilmu yang aku dapat. Banyak benda yang dari aku tak tahu kepada tahu. Dari tak pernah lihat aku boleh lihat. Semuanya sebab BLOGGING.

But Why?? How??

Dengan blogwalkinglah. Jalan sana sini.. Baca entry2 blogger lain.. Tegur blogger2 lain walaupon tak pernah kenal.. So. banyak kan manfaat yang kita dapat.. So.. Happy blogging semua! :P